Monday, February 6, 2012

Caramel Cake @ kek Karemel

Kek Puding Karemel mmg sgt menggoda.. :) Letak dlm peti sejuk sedar2 cepat je abis.. 2-3kali ulang alik bukak peti sejuk.. :) ari nie hari yg 3 dyh buat kek karemel..hajat hati mmg nak amik gambar step by step tapi kualiti gmbar x sebaik blogger yg sedia ada..jadi kat sini dyh nak share satu resepi yg kalau korang buat betul2 comfirm jadi... ingat tau sebelum buat kek nie pastikan semua peralatan bersih dan KERING...sebab kek nie guna teknik meringue jadi untuk buat putih telur tu jadi meringue mmg kena pastikan xde sikitpun air termasuk dlm putih telur tu dan satu lagi hati2 masa asingkan putih dgn kuning telur..AMARAN, jgn sikitpun termasuk kuning dlm putih telur..nanti x menjadi..(berdasarkan pengalaman).. :)
okies..
resepi nie dyh tempek kat sini ye..
sebelum ape2 dyh nak ucapkan terima kasih buat kak ita sbb share dgn semua resepi nie..

KEK KAREMEL
sumber asli post: http://fromintankitchen.blogspot.com/
  resepi asal: Munirah Baharum



Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

 

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.




Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.



Cantikkan kek kak ita.. :) sgt menggoda...
nak tgk kek dyh..ishh..malu..maklumla..saya budak baru belajar.. rupa x bape nak comel tapi..sodapp...
:) kena cuba tau...

Sunday, November 13, 2011

Apam Ladybird

Resepi Apam Polkadot versi Ladybird, Bee n Strawberry

Bahan A
3biji telur gred "b" (sejukkan dulu dlm peti ais)
220gram gula halus atau gula caster
1 sudu besar ovallette

Bahan B
275gram tepung superfine (dyh guna cap blue key kotak kuning tue)
3sudu teh baking powder
Bahan C
150 gram susu sejat cair (dyh guna susu sejat ideal)
1 sudu teh esen vanilla@ esen rose

Bahan D 
Filling..(boleh guna apa jem pun xpe)


jom masak2.....
1) langkah pertama satukan bahan A dan putar dengan mixer guna high speed selama 4minit atau sampai gebu
satukan bahan A, telur harus sejuk supaya cepat gebu...
sampai jadi cenggini :)
ayak bahan B supaya nanti tepung lebih halus dan mudahkan kerja..
sekarang kita ada bahan A, bahan B n bahan C
2) satukan secara berselang seli bahan A, bahan B n Bahan C dan pukul high speed selama 8minit...
3) sekarang dah siyap adunan dan bolehla kita bahagikan adunan ikut warna yg diperlukan, untuk ladybird dyh pilih kaler hitam, merah dan putih


letak stengah cup dulu, bubuh filling(bahan D) ditengah kemudian tutup lagi dengan adunan ...dyh guna jem nenas..sedapp..
proses melukis badan ladybird
 4) bila dah siyap..kukus selama 7minit guma api sederhana...
waktu mula2 blaja buat apam polkadot nie, banyak juga cabaran, antaranya adunan x gebu, bila kukus merekah, apam masuk air..
jadi dyh banyak tgk blog org lain macam mana cara yg betul buat apam nih...


pantang no.1, ikut sukatan betul2...jangan main agak je tau..nanti mmg x jadi..


pantang no.2, adunan nie harus dipukul sampai pekat likat n gebus..


pantang no.3, pastikan api sederhana , jangan bukak kuat sangat nanti apam akan merekah dan jadi apam mekar :) oleh sebab dapur kita beza beza , jadi try test dulu kukus sebiji dua apam dan set timing yg betul sesuai dengan kepanasan and masa untuk apam kita masak, jadi nanti xde la rugi.. macam dayah, untuk kukus sebijik apam saiz mini 's' amik masak dlm 7minit...kalau guna dapur umah mak bukak api sederhana guna 5mint je da masak kalu biar lama dia merekah pulak..jadi kena pandai bajet tau bab api dapur nie..


pantang no.4, periuk kukusan, pastikan lap bahagian dalam tudung periuk setiap kali masukkan kukusan baru...supaya wap air x jatuh...dan kalau periuk kita jenis yg masuk wap air..pastikan tutup keliling periuk dgn kain tuala lembab..supaya wap air x jatuh..mmg agak remeh cikt buat apam nie..tapi seronok bila tgk hasilnya trus ilang rasa penat...


pantang no.5, jgn buat apam nie bila badan penat...atau tgh stress..hehe..xbb keje mengapam ni ambil masa yg panjang...nak membasuh lagi..hehe...nanti jadi lain pulak...




siyap... :) suka kan.... lebih suka bila tgk anak kita makan..apa lagi cuba try ye.. tapi ingat kena ikut step dan sukatan ni betul2 baru jadi... InsyaAllah :)
kena try tau... :) heee
Nani suka makan apam nie, tapi sbb dia kecik lagi xleh bagi banyak2 nanti sakit pewot, jadi abahnya yg mkn lebey.. :p